Loading...

Please Wait.
  
   Register on goFutsal.com!    Login  
Menu
Who's Online
12 user(s) are online (6 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 12

more...
Polls


goFutsal.com - Malaysia Forum Index
   Football
     YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
Register To Post

Threaded | Oldest First Previous Topic | Next Topic | Bottom
Poster Thread
Lanunputih
Posted on: 2009/12/18 9:11
Just popping in
Joined: 2007/2/14
From:
Posts: 19
Re: YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
Open in new window
Lanunputih
Posted on: 2008/11/12 9:46
Just popping in
Joined: 2007/2/14
From:
Posts: 19
Re: YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
Majlis Daerah Hulu Selangor bersama YFA Bintang Muda akan melancarkan sebuah program bolasepak khas untuk warga Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Butiran lanjut pelancaran adalah seperti berikut:

Tarikh
22hb November 2008

Masa
08.00 Pagi

Lokasi
Padang Awam Bukit Beruntung
(Berhadapan Stesen Minyak Mobil)

Program Bolasepak ini dibuka dibuka kepada semua yang berumur diantara 6 tahun hinggalah 16 tahun. Diantara keunikan program ini adalah:


~ Jurulatih yang memiliki pengalaman luas mengenai sukan bolasepak serta mempunyai sijil kejurulatihan dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM);

~ Latihan sistematik dan profesional mengikut kategori umur (U8, U10, U12, U14 & U16) dan tahap kemahiran pelatih;

~ Berpeluang untuk bermain di dalam Liga FAM dan pertandingan-pertandingan di dalam serta di luar negara;

~ Peluang untuk menyertai Pasukan Bolasepak MDHS, Pasukan Bintang Muda FC (Liga Kuala Lumpur Divisyen 1 & 2), Pasukan Bank Simpanan Nasional (Penaja YFA Bintang Muda) dan lain lain lagi;

~ Pemain berbakat dihantar untuk pemilihan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar, pemilihan Sekolah Sukan daerah serta pemilihan untuk menyertai pasukan negeri;

~ Setiap pelatih akan menerima sijil penyertaan dan pencapaian;

~ Sokongan sepenuhnya dari MDHS.


Setiap pelatih akan menerima dua (2) set jersi latihan sumbangan MDHS-YFA Bintang Muda serta pencalonan untuk Anugerah Pemain Terbaik (semua kategori umur).

Ibubapa / Pelatih yang berminat perlu mengisi borang data peribadi yang lengkap dan diserahkan bersama yuran pendaftaran seperti di atas. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Coach Halid (017.247.2328), Coach Radha (016.675.0081 & 016.204.9620) dan Kapten Sypudin (016.232.4692)

Mari semarakkan kecintaan pelatih² muda ini kepada sukan bolasepak demi memartabatkan kembali maruah bolasepak negara Malaysia yang kita cintai ini!

Keterangan lanjut boleh layari http://www.yfamalaysia.com
Lanunputih
Posted on: 2008/7/14 8:29
Just popping in
Joined: 2007/2/14
From:
Posts: 19
Re: YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
Mcm lom kopi/pes jerk ... sowi terlewat ...

=======================================

KARNIVAL BOLASEPAK YFA BINTANG MUDA U10 2008

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa satu Karnival Bolasepak Bawah 10 Tahun akan dilangsungkan seperti butiran yang tercatat di bawah:

Tarikh
19 Julai 2008 (Sabtu)

Masa
8.00 pagi hingga 6 petang

Lokasi
Padang Bolasepak Pudu Hulu (Berhampiran Menara PGRM, Jalan Cheras)

Tujuan karnival ini, selain mengcungkil bakat baru dalam sukan bolasepak dari peringkat akar umbi, juga memandangkan kejohanan untuk peringkat sebegini amatlah kurang sekali. Sehubungan dengan itu, YFA Bintang Muda telah berbesar hati untuk memulakannya pada tahun ini dan diharap karnival ini akan berterusan di masa akan datang.

Lebih dari 24 pasukan dijangka akan bertanding antaranya FAM, Gen Pro, Arsenal Soccer School, Bonggo FC, MBPJ, Brazilian Soccer, Little League, Bintang Biru (Penang) serta pasukan dari tuan rumah sendiri iaitu YFA Bintang Muda.

Sebarang keterangan lanjut boleh berhubung dengan En Radhakrishnan di talian 0166750081.

Sekian, salam hormat.
apiez
Posted on: 2008/7/7 8:51
Home away from home
Joined: 2007/6/16
From: bangsar
Posts: 412
Re: YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
ok..saya faham.terima kasih.


----------------
ABDULLAH HUKOM F.C

Lanunputih
Posted on: 2008/7/7 8:28
Just popping in
Joined: 2007/2/14
From:
Posts: 19
Re: YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
yup .. pendaftaran rm140. tmpt latihan ada 4 iaitu d bdr baru sentul, pandan indah, cheras & saujana utama sg buloh.

Masa latihan setiap cawangan berbeza. cuba rujuk kat laman web tu bwh tajuk LATIHAN.

kalu parent x dpt mai xde masalah beso sanat kot .. bukan nyer nak g obersea ker mende ... rase nye xde masalah kalu apiez yg bawa ...
apiez
Posted on: 2008/7/3 8:07
Home away from home
Joined: 2007/6/16
From: bangsar
Posts: 412
Re: YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
so,saya dah baca kat laman web yang u bagi tu..so saya just nak confirmkan yuran pendaftaran rm100 and yuran bulanan rm40. saya akan mendaftarkan adik saya kat sentul pada 2ogos ni..k. so,tempat latihan akan diadakan di sentul je kan..masa latihan tu biler yer?weekend jer ker? kalo ibubapa xdpt hadir tapi saya jer yang hadir untuk daftarkan adik saya bleh x?


----------------
ABDULLAH HUKOM F.C

Lanunputih
Posted on: 2008/7/3 0:01
Just popping in
Joined: 2007/2/14
From:
Posts: 19
Re: YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
apiez
Posted on: 2008/6/30 8:37
Home away from home
Joined: 2007/6/16
From: bangsar
Posts: 412
Re: YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
okae bos,saya rase saya tau tempat tu..tapi braper yuran pendaftaran untuk menyertai program ini? actually saya nak hantar adik saya berumur 16 tahun untuk program ini.


----------------
ABDULLAH HUKOM F.C

Lanunputih
Posted on: 2008/6/29 23:24
Just popping in
Joined: 2007/2/14
From:
Posts: 19
Re: YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
... dari jln tun razak, lalu bulatan jln pahang nak ke genting kelang. pastu lalu dpn hsptl tawakal then mcdonald. lepas mcD tu ko masuk kiri sampai ada smpg 4 traffic light. sblh kiri ko masjid. ko masuk kanan.

rase aku dlm 100-150 mtr jer dari smpg td ko akan nmpk padang kat sblh kiri
apiez
Posted on: 2008/6/27 8:26
Home away from home
Joined: 2007/6/16
From: bangsar
Posts: 412
Re: YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA)
brapa yuran pendaftaran?? padang awam dbkl area mana erk? bleh bagi direction x?


----------------
ABDULLAH HUKOM F.C

(1) 2 3 »
Threaded | Oldest First Previous Topic | Next Topic | Top

Register To Post
 



Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
Ads





 


© 2010 goFutsal Sdn. Bhd. | Disclaimer |  7dana.com |