goFutsal.com - Malaysia Forum Index Football
YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA) | Register To Post |
| Flat | Previous Topic | Next Topic |
| Poster | Thread |
|---|---|
| Lanunputih | Posted on: 2007/2/14 15:39 |
Just popping in ![]() ![]() Joined: 2007/2/14 From: Posts: 19 |
YOUTH FOOTBALL ACADEMY (YFA) Assalamualaikum dan salam untuk semua ...
Kepada geng yang mempunyai anak berumur diantara 6 tahun hingga 16 tahun (2007), anda boleh menghantar anak anak untuk memasuki Akademi ini yang mempunyai 4 pusat latihan sekitar Lembah Klang iaitu di Bandar Baru Sentul, Pandan Indah, Taman Ikan Mas Cheras & yang terbaru di Bandar Saujana Sg Buloh. Yuran pendaftaran hanyalah RM70. Yuran bulanan hanyalah RM30 sahaja. Pemain akan menerima 2 pasang jersi latihan, sijil penyertaan serta berpeluang untuk dihantar ke pemilihan Sekolah Sukan, Akademi Bolasepak Negeri dll lagi. Sesiapa yang berminat, sila layari laman web ini ... http://www.yfamalaysia.com *** Aku nak cite sket pasal akademi bolasepak remaja nehh. Mase mula² depa wat promosi, aku wat x layan jerk sbb aku rase depa ni just nak kaut untung jerk. Nak pulak dalam banner depa tuh, siap selitkan ada linked dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) .. lagilah aku x caye. Then ... satu hari tuh, aku bawak la anak aku p tinok depa nye latihan. aku tinok ok la latihan depa. depa pecahkan pada 5 kategori ikut umur. so ... aku tanye anak aku, dia minat, so aku daftarkan dia. Mmg beno ... ketua jurulatih dia mempunyai Lesen Jurulatih B dari FAM dan bekas jurulatih Malaysia bawah 12 tahun ke Pertandingan Bolasepak Remaja d Saitama, Jepun. Lain² jurulatih paling kurang pun mempunyai Sijil Awalan Kejurulatihan di samping mereka mempunyai 2 orang jurulatih tetap untuk melatih penjaga gol. Aku sebenarnya bukanlah nak promo benda ni tp anak aku dah belajar setahun kat akademi tu (Mac 2006) dan dengan bakat semulajadi yang dia ada, selalu terpilih untuk mewakili Akademi ni dalam perlawanan yang membabitkan budak umur 8 tahun. Antaranya, lawan Bonggo FC (team Felda Lurah Bilut), Akademi Bolasepak Bintang Biru (Penang), Arsenal Soccer School Malaysia, Little League Soccer Malaysia, Japan International School Malaysia, Global Football Academy (Singapore), International Soccer Academy (Singapore) .. dan banyak lagi. Merata jugalah aku bawa anak aku ni lawan. So .. tahun depan anak aku naik darjah 3. Masuk dalam kategori bawah 10 tahun. So ... sesapa yang berminat, layari laman web di atas tadi kerna pengambilan baru telahpun dibuka pada SABTU, 6 JANUARI 2007. |
| Flat | Previous Topic | Next Topic |
| Register To Post | |










