Loading...

Please Wait.
   Register on goFutsal.com!    Login
Menu
Who's Online
14 user(s) are online (2 user(s) are browsing News)

Members: 0
Guests: 14

more...
Polls


Kelantan : Manzor Junior catat hatrik
Posted by st3wart on 2006/11/30 17:03:40 (1018 reads)
Kelantan

Harian Metro

MANZOR Junior dari Kuala Lumpur membuktikan mereka adalah pasukan futsal terbaik kategori bawah 12 tahun apabila muncul juara kali ketiga Pertandingan & Klinik Futsal Bawah 12 Tahun Milo bagi siri kelima di Arena Futsal Kota Bharu, Kelantan, Sabtu lalu.

Selepas meraih gelaran juara siri 1 di Kuala Lumpur dan siri 2 di Melaka, pasukan Manzor Junior meneruskan penguasaan mereka di Kelantan apabila mengalahkan Akademi Darulnaim A, 4-2, dalam perlawanan akhir futsal B-12 .

Dengan kejayaan itu, Manzor Junior meraih hadiah wang tunai RM800, medal dan barangan Milo, manakala Akademi Darulnaim A membawa pulang RM600 bersama medal dan barangan Milo.

SK Sultan Ismail 1 menduduki tempoat ketiga selepas menumpaskan KBFA Junior D. Mereka membawa pulang RM500 serta barangan Milo manakala KBFA Junior keempat (RM400), medal serta barangan Milo.

Manzor Junior layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan KBFA Junior D, 4-0 pada separuh akhir, manakala Akademi Darulnaim A menumpaskan SK Sultan Ismail 1, 2-1.

Semua hadiah disampaikan oleh Eksekutif Jualan (Kawasan Pantai Timur), Muhamed Rizal Abd Shukor.

Semua pemain menerima kemeja t dan sijil penyertaan. Sebanyak 48 pasukan dari Kelantan termasuk Kuala Lumpur dan Kedah menyertai saingan futsal sehari itu.

Kelantan adalah venue kelima dalam siri jelajah Pertandingan & Klinik Futsal Bawah 12 Tahun Milo tahun ini.

Program klinik dan pertandingan futsal bawah 12 tahun akan berada di Plaza Futsal, Pahang pada 3 Disember (Ahad) iaitu sirkit terakhir.

Ibu bapa, guru atau peminat futsal boleh mengambil borang penyertaan melalui laman web www.milo.com.my atau menghubungi Nik Muhd Radzi (019 3519934, 019 2102442) atau wakil Pahang, Kamarudin 013-9309276.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend
The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread



Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
Ads






 


© 2010 goFutsal Sdn. Bhd. | Disclaimer |  7dana.com |