Loading...

Please Wait.
   Register on goFutsal.com!    Login
Menu
Who's Online
13 user(s) are online (3 user(s) are browsing News)

Members: 0
Guests: 13

more...
Polls


Malaysia : Jalinan harmoni melalui futsal
Posted by st3wart on 2004/12/23 17:50:01 (11852 reads)

Click to see original Image in a new windowWANITA dan bola sepak, memang lucu bunyinya. Apa tidaknya, perwatakan wanita yang lemah-lembut dikatakan tidak sesuai beraksi dalam sukan lasak seperti ini.

Namun, sejak kemunculan futsal masyarakat semakin menerima pembabitan wanita dalam sukan ini memandangkan cara permainan dan tempoh masanya yang singkat.

Ia dikomersialkan lagi, apabila menjadi acara riadah yang semakin diminati selebriti wanita tempatan.

Misalnya hujung minggu lalu pertandingan futsal anjuran radio swasta Era yang diadakan di Rio De Futsal, Subang Jaya bukan saja mendapat perhatian rakan penaja radio itu, pihak media malah bekas pelajar AF2, pengacara program hiburan Astro serta penyampai Era.

Biarpun pertama kali bermain futsal namun rata-rata mereka mulai jatuh cinta dengan sukan lasak ini.

Pelajar AF2, Zarina, Rosma, Edlin, Nurul dan Mas mewakili pasukan Celebrity Astro turut diterajui Sazzy Falaq. Manakala Era diwakili penyampai popular radio itu seperti Linda Onn, Farah Fauzana dan Nana.



AWAS...pasukan Celebrity Astro ketika menentang Liverpool Fan Club
-Gambar Hasriyashah Sabudin


Zarina pertama kali beraksi, mengakui agak gugup bermain pada mulanya namun selepas diasak berkali-kali oleh pihak lawan ada satu semangat yang datang untuknya menentang musuh.

“Perkara yang paling merisaukan saya ketika apabila bola terkena muka maklumlah inikan sukan orang lelaki. Kebetulan kami budak-budak AF2 langsung tidak berkesempatan membuat persiapan dari segi latihan ekoran sibuk dengan aktiviti seni.

“Namun selepas beberapa minit saya mula rasa selesa dan seronok dengan permainan ini. Saya yakin kalau kami mempunyai masa yang panjang untuk berlatih corak permainan akan lebih baik,” katanya.

Pelajar kecil molek, Edlin yang bermain di bahagian penyerang berasa sedikit gentar sebaik saja melihat saiz badan pihak lawan yang kebanyakan lebih tinggi dan besar darinya.

“Saya paling takut dirempuh tapi kuatkan semangat demi pasukan. Sebenarnya saya tidak pernah terfikir akan bermain futsal namun atas jemputan pihak radio Era saya teringin untuk mencuba.

“Semoga satu hari nanti pasukan Celebrity Astro menjadi sebuah kumpulan yang digeruni,” katanya bergurau.

Rosma yang mempamerkan aksi menarik sebagai penjaga gol dengan menyelamatkan gawang dari ditembusi musuh menganggap sukan ini mencabar. Bagaimanapun sorakan dan sokongan memberi semangat kepadanya.

“Menang atau kalah itu adat pertandingan namun sekurang-kurangnya kami sudah mencuba sebelum mengaku kalah. Kalau ikutkan saya memang seorang yang aktif di sekolah dan pernah menyertai pasukan bola jaring.

“Pun begitu agak berlainan kerana futsal bukan saja sukan orang lelaki tetapi juga menggunakan kaki. Jadi, budak perempuan seperti kami ini manalah tahu teknik sepakan bola yang betul.

“Apapun saya gembira dan berhasrat membabitkan diri dalam sukan ini pada masa akan datang kerana selain mengisi masa lapang ia juga membantu individu menjaga kesihatan,” kata Rosma.

Antara semua selebriti ini, Farah Fauzana adalah pemain paling menyerlah dan berpengalaman dalam sukan ini. Dia yang terbabit sejak awal tahun lalu sebagai penyerang menjadi harapan pasukan radio Era.

Menerusi pertandingan itu, Farah juga adalah penyumbang satu mata ketika menentang pasukan TV3 yang mendahului Era 2-1.

“Dapat membolosi gawang musuh adalah satu kepuasan bagi saya namun pemain tidak boleh menanam sikap pentingkan diri sendiri dengan membolot bola kecuali ada peluang.

“Komunikasi dan persefahaman antara pemain sangat penting. Kalau ikutkan saya bukanlah berpengalaman sangat bermain futsal ini bagaimanapun atas desakan minat saya cuba mendalami teknik permainan yang betul misalnya cara sepakan, hantaran bola dan sasaran.

“Dari situlah saya mula melihat perubahan demi perubahan dalam corak permainan saya. Apapun pada golongan wanita yang gemarkan sukan lasak seperti futsal jangan malu-malu mencuba kerana sukan ini sesuai untuk semua jantina,” katanya.

Seorang lagi pemain Era yang tidak kurang hebatnya adalah Nurul Hana Che Mahzan. Walaupun kali pertama bermain Futsal tanpa pendedahan latihan, dia menampilkan aksi permainan yang membanggakan.

“Tidak sangka saya sebenarnya berbakat dalam sukan ini. Kalau ikutkan saya memang tidak minat bersukan sebab tak suka berpeluh dan mengalami kecederaan.

“Namun atas paksaan serta tunjuk ajar jurulatih Kiran saya mula merasakan keseronokan bermain sukan ini. Insya-Allah selepas ini saya akan ikut Farah berlatih futsal dan melebarkan lagi bakat saya,” katanya lucu.

Harian Metro

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend
The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread



Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
Ads






 


© 2010 goFutsal Sdn. Bhd. | Disclaimer |  7dana.com |