Selangor : Assembly Services jagoan kilang
Harian Metro
SKUAD Assembly Services muncul juara sulung Kejohanan Futsal Antara Kilang yang dianjurkan syarikat Kimberly-Clark Professional WYPALL di Sports Planet SubangGrand, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Assembly Services menewaskan Modenas pada perlawanan akhir menerusi penentuan penalti manakala Naza menundukkan TCIM juga dengan penalti pada penentuan tempat ketiga.
Kejohanan sehari itu disertai 32 pasukan termasuk Bufori, DaimlerChrysler, Hyundai, Naza, Perodua, Proton dan UMW.
Berita penuh.
The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
| Author | Thread |
|---|









