Loading...

Please Wait.
  
   Register on goFutsal.com!    Login  
Menu
Who's Online
26 user(s) are online (5 user(s) are browsing News)

Members: 2
Guests: 24

aziz_kifah, matejakezmon, more...
Polls
Should FAM ban the women's football and futsal teams from international tournaments?
Yes
No
I don't know
Past polls


KL : Pertandingan futsal antara kem PLKN cungkil bakat baru
Posted by ultramanzye on 2005/9/12 20:25:09 (988 reads)
KL

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pertandingan futsal antara kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang julung kali diadakan dapat mencungkil bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, acara futsal itu bukan sahaja dapat menanam dan menyemarakkan semangat berpasukan, tetapi juga semangat kesukanan di kalangan pelatih PLKN daripada pelbagai kaum.

`Saya yakin, menerusi aktiviti ini akan dapat membantu proses pembentukan wira-wirawati yang berdisiplin, bersemangat waja dan memiliki keyakinan diri yang tinggi,'' katanya dalam buku cenderamata sempena majlis penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Futsal Antara Kem PLKN, di Dataran Merdeka petang ini.

Pertandingan yang dimulakan pada 14 Ogos lepas di Selangor itu dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye melibatkan enam zon di seluruh negara bagi merebut piala pusingan Menteri Pertahanan.

Najib pada majlis itu menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan iaitu Kem Kuala Kubu Bharu, Selangor mewakili Zon B yang menewaskan Kem Merang Suria, Setiu, Terengganu (Zon D) dengan jaringan 2-1.

Kejohanan itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Essence Resources Sdn. Bhd. (ERSB).

Najib selepas majlis itu turut melancarkan kad ucapan kemerdekaan terpanjang yang diperbuat daripada kotak-kotak yang disambung dan dibalut dengan kertas mahjong sebanyak tiga lapisan.

Kad sepanjang 252 meter dengan lebar satu meter itu disiapkan dalam tempoh 10 hari oleh 137 wira dan wirawati dari Kem PDS Resort, Port Dickson.

Kad itu mengatasi rekod terdahulu yang dibina oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub sepanjang 204.4 meter.

Najib turut menandatangani kad itu sebelum ia diisytiharkan oleh Pengarah Urusan, Malaysia Book Of Records (MBOR), Datuk Danny Ooi sebagai kad terpanjang di Malaysia.

Utusan Malaysia

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Poster Thread



Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
Football
Ads





 


© 2008 goFutsal Sdn. Bhd. | Disclaimer |  7dana.com |